Memandangkan tahun 2011 nak berlalu, hanya tinggal 2 hari lagi. so, aku nak buat beberapa list pasal my life in 2011. emm.. nak mula mana dulu ek. nak yg #BestMemory dulu ke #WorstMemory dulu. rasanya nak mula #WorstMemory la dulu, lepas tu baru #BestMemory.
#WorstMemoryOf2011
1. Pemergian atok tersayang ~ mula-mula awal januari tak ada apa-apa yang worst. tapi the saddest thing, grandpa aku sakit. ni nak kata worst tu tak la. tapi paling sedih. sempat juga aku balik selama 1 minggu untuk jenguk atok aku sakit. aku sempat jaga dia waktu dia di hospital. alhamdulillah lepas tu dia ok. beberapa minggu lepas tu, aku dikejutkan dengan pemergian atok aku pada 28 Februari 2011. pagi Rabu tu mak aku call, cakap "dik, atuk dah meninggal". betapa terkejutnya aku sampai aku tak terkata apa-apa. aku lansung tak dapat nak lihat seraut wajah atok aku ketika dikebumikan oleh kerana sebab midterm. aku sangat-sangat sedih pagi tu. seharian aku di kampus tanpa ada sesiapa pun di sisi aku memberi aku semangat untuk aku kuat. aku hanya cuba sedaya upaya kuatkan diri aku berdiri seorang tanpa ada orang yang aku sayang di sisi. dan dari sini lah aku belajar erti kuat dan jangan mengharapkan sesiapa ada di sisi aku ketika aku sedih teramat sangat. semoga arwah atok dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. cucumu ini akan selalu menyedekahkan al-fatihah dan yasin padamu...
2. Putus cinta ~ lepas satu, satu lagi kesedihan aku datang. lepas kehilangan atok kesayangan aku, jadi pula hal putus cinta ni. hmm. di saat aku sayang dan cintakan dia sangat-sangat, jadi pula benda macam ni. memang rasa sakit sangat. mula-mula berlakunya benda tu, aku rasa down sangat-sangat. sakitnya tuhan je tahu. hari-hari aku menangis siot. nasib baik time tu bulan puasa. ada juga kesabaran yang tinggi berkat doa-doa aku pada Dia. dalam hal ni aku tak dapat nak kata apa-apa la. tak ada jodoh mungkin untuk kekal bersama. jodoh hanya untuk bersama seketika. tapi apapun, dia la cinta pertama aku. walaupun aku dah move on with my life sekarang, tapi aku masih ingat tarikh tamatnya cerita aku dan dia pada 8.8.2011. walau macam mana keadaan pun kami berpisah, aku akan tetap ingat cinta pertama aku sebab cinta pertama bagi perempuan adalah paling dalam dan tulus. dia tetap pernah jadi yang terindah dan bagi banyak kenangan suka dan duka pada aku...
3. Raya ~ raya tahun ni aku rasa tak happening sangat. muram je rasa. sebab setiap tahun ada tengok atok aku. tapi tahun ni, dia dah tak ada. rasa sedih. tapi apakan daya, Tuhan lebih sayang dia.
#seingat aku, ni je la #WorstMemory aku untuk tahun 2011 ni. selebihnya #BestMemory je banyak. ok, mula dengan #BestMemory.
#BestMemoryOf2011
1. UMS ~ ni paling best . bermula sem baru yang ke-5 ni. walau sesedih manapun, aku tempuhi juga. gila la geng-geng aku. nasib baik ada korang sehingga buat aku sekuat ni sekarang . terima kasih la pada korang sebab buat aku happy, ketawa, heng macam nak gila and pecah perut dengan korang. tak terasa pun aku putus cinta bila bersama dengan korang. syok betul sem ni.
2. Tukar penampilan ~ haaaa.. ni la paling syok aku buat pada sem 5 ni untuk tahun 2011. aku buat perubahan yang aku sendiri tak terfikir nak buat sebelum ni. hihi. bermula dengan cara pemakaian dress-dress pas tu berubah pula ke rambut yang berwarna perang . meletop !~~ jadi budak jahat la aku sem ni. saja je nak buat perubahan macam tu. nak ubah penampilan yang lama supaya aku lebih bersemangat dan harap dapat lupakan kenangan yang menyedihkan.
3. Berkenalan dengan Steward Air Asia ~ ni paling aku tak sangka. macam dia ni tahu-tahu je aku ada masalah hati dan jiwa. maybe di dahi aku ada tertulis "single vs complicated" kot. mula kenal dia time first flight ke KK untuk sem ni. fuhh. punya macam prince charming dia melutut tepi aku sambil tanya aku dari mana dan tanya lagi macam-macam. pas tu dia bagi email dia suruh aku add FB dia. aku siap blur lagi tengok dia dengan tiba-tiba melutut di tepi aku. nasib baik aku tak terpikat dengan kau. aku just suka berkawan je. tapi lama kelamaan, tak juga aku layan dia ni. sebab aku malas and busy kot. stress dengan macam-macam benda. tapi ada juga contact. tak la sekerap dulu. sekarang hanya tegur-tegur di FB. tapi aku yang kebanyakkan malas nk layan . heee. jahat betul aku. lepas ni nak try berkenalan dengan Steward MAS pula lah. haha
4. ThingsThatMakeMeSmile im feeling sexy and free ~ ni pula, haaaa. pengakhiran tahun 2011 ni aku jadi seorang yang single ! huhu. thank god. aku single. bebas dari segalanya, tak perlu rasa sakit hati, cemburu buta gila vavi, and so on. lega sikit sebab tak perlu stress dengan hal-hal cinta lagi. yang selebihnya dapat enjoy sakan with my frenz. pergggg best ! aku nak kekalkan la status single ni sampai aku habis U dan sampai status kewangan aku sendiri stabil tanpa bantuan my mom ^_^ .
#Ada lagi sebenarnya. tapi kalau nak letak semua dalam ni, sampai esok pun tak habis aku cerita. aku rasa ni je la #WorstMemory and #BestMemory yang aku paling tak boleh lupa sepanjang tahun ni.
selamat tinggal tahun 2011, harap-harap kedatangan tahun 2012 akan lebih bermakna dan membawa seribu kegembiraan buat diriku. InsyaAllah. dan dah tiba masa aku buka lembaran baru dalam kehidupan aku untuk tahun 2012 akan datang ni. jadikan semua kenangan 2011 sebagai kenangan paling indah dan pengajaran paling bermakna buat diriku. SELAMAT TINGGAL 2011, WELCOME 2012 ! oo yeahhh ~~

No comments:
Post a Comment