buat pertama kali sepanjang sem ni. ni la kali pertama aku rasa boring sangat-sangat. bukan kerana boring pasal tak ada BF. tapi boring sebab semua kerja assignment dah habis. hahaha. tak tau dah nak buat apa. nak tengok movie pun, aku rasa malas. adoi. last-last merenung bulan sambil tengok post-post orang kat FB yang macam-macam ragam. kebanyakkannya semua pasal cinta. ngee. banyak betul kes putus cinta di post kat FB ni. hihi. ketawa pula aku. jahatnya aku. bukan apa. bila hari-hari aku baca dan tengok post macam tu, aku rasa bosan pula. sebab aku pun pernah rasa macam tu. hmm. tak ada apa-apa juga cinta tu. mula-mula memang sakit. tapi kelamaan bila kita dah terima kenyataan dia bukan milik kita, semuanya jadi senang. kita akan rasa lebih tenang, hati lebih lapang. kalau dia dijodohkan untuk kita, walau macam mana pun berpisah, di sebabkan apa-apa pun, dia akan jadi milik kita juga suatu hari nanti. berdoa lebih bagus. tu la yang aku selalu buat. mula-mula memang rasa nak marah, sedih tahap gaban bila semua tu jadi. tapi bila lama kelamaan. kita mula fikir kebaikan daripada benda tu, buat kita sedar dan semua akan mendewasakan kita. semua tu jadi kerana ada sebab. ada banyak benda lagi kita perlu fikir selain dari benda tu. kalau dia memang jodoh kita, segalanya akan jadi senang. berserah je dengan tuhan. tuhan lebih tahu apa yang dia rencanakan. cewah aku. haha.
esok dah last kelas untuk sem pertama untuk tahun terakhir aku. bakal merindui gurauan gila-gila geng gila aku ni. hmmm. cepatnya masa berlalu. tak terasa dah habis sem ni. sem depan pulak sem terakhir. segala suka duka semua ada di sem ni. harap-harap sem depan pun penuh dengan kegembiraan macam sem ni. aku yang putus cinta ni pun macam tak putus cinta pula bila asyik bergurau senda dengan geng-geng gila ni. hilang segala kesedihan hingga hari ni. TERIMA KASIH LA GENG_GENG GILA. haha.. bestnya hidup bergembira je dengan kawan-kawan . ^_^ . alhamdulillah sem ni segala benda berjalan lancar. dari ke assigment, kisah hisup aku sendiri di UMS ni, study dan seterusnya final exam (harap-harap final exam pun berjalan lancar. semoga semua kawan-kawan aku dapat jawab dengan mudah dan dapat keputusan yang baik). nak tengok geng-geng gila aku. haha. ini dia. CHILL SENTIASA ~~ ^_^ ^_^ ^_^
ini la diorang . haha. gila kan. semuanya gila. best geng-geng ni. syiuk sama dengan diorang . harap di maafkan segala salah silap aku pada korang semua andai kata mengutuk, marah, memaki, ke apa-apa la. aku pun tak lari dari perkara tu semua. perasaan marah tu kadang-kadang menguasai diri. LOVE U GUYS KETAT-KETAT ! (。 ❤‿❤。)
lagu ni untuk korang . haha . CHILL ~~







2 comments:
good luck nep...
maafkan ak jagk ya lau ada salah n silap....go go power rangers hahahha
wa,,terharu gila aku ada gmbr aku...ahahha...ape pun wish u guy all d best 3G (GENK GILA2)
Post a Comment