Showing posts with label All of Me. Show all posts
Showing posts with label All of Me. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Tudung

tengok orang cantik bertudung, aku pun rasa nak bertudung n tutup aurat. rasa sejuk mata tengok kawan-kawan aku yang mula berhijrah guna tudung. aku bila lagi? hmm. tym g KL bulan 5 nanti aku nak suruh mak beli tudung banyak-banyak la. rasa macam dah terbuka pulak hati aku nak bertudung juz perlu masa untuk berubah. orang lain bolah, tak kan aku tak dapat berubah. itu pun satu kewajipan. aku nak mula bertudung nanti tym praktikal or tym konvo la. memang niat aku la macam ni. semoga tuhan bukakan pintu hati luas-luas buatku. amin yarabbalalamin . sekarang gaya bertudung pun macam-macam. aku suka tengok gadis-gadis guna tudung. nampak sweet sangat. i will n will . cepat la masa berlalu. biar mak aku tengok sejuk perut dan mata dia. tutup aurat kan satu kewajipan. aku nak berubah kerana Allah. mungkin tuhan dah buka pintu hati aku betul-betul. dan aku perlukan perubahan itu. dah puas sangat vogue tak tutup aurat. now i will bertudung. doa untuk diri sendir. amin~~ 

Wednesday, February 1, 2012

Benda harus ada tahun 2012

Ok, benda aku harus ada tahun ni. the first thing adalah samsung galaxy tab, hadiah dari my mum. tak sabar nak tunggu bulan April nanti. the second thing pulak nak dapatkan lesen kereta time start practical nanti. yeahhhhhaaaaaa. kalau dah ada lesen kereta, senang la enjoy-enjoy and dapat jalan-jalan tanpa tunggu orang nak hantar and ambil :). All this thing nak ucap terima kasih sangat-sangat to my mum.. THANX MAK :) . insyaAllah kalau tak da halangan, akan dapat gak. amin ~~

Monday, January 30, 2012

Jeng jeng jeng

Hari ni keluar dengan diorang member. fuhhh penat buat photoshoot. memang puas hati dengan pixca ! at the same tym, hari ne terjumpa kawan-kawan lelaki yang baru beberapa bulan tak jumpa. haha. diorang lansung tak kenal aku. boleh lagi cakap sesama sendiri yang berjalan ke arah di orang di kedai makan tu bukan aku. haha.. siap cakap "dah tak macam aneep dulu. tu yang tak kenal lagi. diorang ingatkan aku siapa". haha.. berubah sangat ke aku ni?? hehe.. tak pe, janji confident yang lebih tinggi tu ada.. I LOVE BEING THE NEW ME !!!!! 

Friday, January 27, 2012

I hope you're happy with her... because at least I know if I can't make you happy, someone else can.

Monday, January 16, 2012

Buvday Girl


Hari ni 16 januari 2012 buvday aku yang ke-23 . uwaaaaa ! tua sudah aku. huh ! ishh3. wish a happy buvday to myself. semoga pada umur yang ke 23 ni, aku jadi lebih matang dalam berfikir, lebih bersabar dalam menempuhi kehidupan seharian dan selalu happy tanpa fikir sebarang masalah. damn ! i miss my younger age damn much ! tapi, sekarang dah tua. huhu. nak buat macam mana. haha. SELAMAT HARI TUA KEPADA DIRIKU SENDIRI. haha ! tapi tak dapat sebarang hadiah buvday pulak. but, i still hapy spend tym wif my mum and family. they're my 1st priority now and forever ~~ thanx mum and famili ! ^^ tunggu hadiah dari mum je la bulan 4 nanti. promise still a promise 

Sunday, January 15, 2012

Nothing Happened

Hari ni i'm coming home. haha. bestnya berada di rumah. famili semua ada :) . selama 1 bulan cuti. aku cuba untuk mending broken. hopefullyterubat segalanya. doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk dia. lepaskan perasaan seperti burung terbang di langit . gudnyt 

Saturday, December 31, 2011

GreatLast2011






# My great last 2011. wah~~ memang penat gila shopping sampai tak ingat dunia. hopefully this coming new year bring me a lot of happiness. no sedih-sedih lagi ok Aneep ! buka lembaran baru di 2012 ^_^ ! 

Friday, December 30, 2011

BestMemoryOf2011 & WorstMemoryOf2011


Memandangkan tahun 2011 nak berlalu, hanya tinggal 2 hari lagi. so, aku nak buat beberapa list pasal my life in 2011. emm.. nak mula mana dulu ek. nak yg #BestMemory dulu ke #WorstMemory dulu. rasanya nak mula #WorstMemory la dulu, lepas tu baru #BestMemory. 

#WorstMemoryOf2011

1. Pemergian atok tersayang ~ mula-mula awal januari tak ada apa-apa yang worst. tapi the saddest thing, grandpa aku sakit. ni nak kata worst tu tak la. tapi paling sedih. sempat juga aku balik selama 1 minggu untuk jenguk atok aku sakit. aku sempat jaga dia waktu dia di hospital. alhamdulillah lepas tu dia ok. beberapa minggu lepas tu, aku dikejutkan dengan pemergian atok aku pada 28 Februari 2011. pagi Rabu tu mak aku call, cakap "dik, atuk dah meninggal". betapa terkejutnya aku sampai aku tak terkata apa-apa. aku lansung tak dapat nak lihat seraut wajah atok aku ketika dikebumikan oleh kerana sebab midterm. aku sangat-sangat sedih pagi tu. seharian aku di kampus tanpa ada sesiapa pun di sisi aku memberi aku semangat untuk aku kuat. aku hanya cuba sedaya upaya kuatkan diri aku berdiri seorang tanpa ada orang yang aku sayang di sisi. dan dari sini lah aku belajar erti kuat dan jangan mengharapkan sesiapa ada di sisi aku ketika aku sedih teramat sangat. semoga arwah atok dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. cucumu ini akan selalu menyedekahkan al-fatihah dan yasin padamu...

2. Putus cinta ~ lepas satu, satu lagi kesedihan aku datang. lepas kehilangan atok kesayangan aku, jadi pula hal putus cinta ni. hmm. di saat aku sayang dan cintakan dia sangat-sangat, jadi pula benda macam ni. memang rasa sakit sangat. mula-mula berlakunya benda tu, aku rasa down sangat-sangat. sakitnya tuhan je tahu. hari-hari aku menangis siot. nasib baik time tu bulan puasa. ada juga kesabaran yang tinggi berkat doa-doa aku pada Dia. dalam hal ni aku tak dapat nak kata apa-apa la. tak ada jodoh mungkin untuk kekal bersama. jodoh hanya untuk bersama seketika. tapi apapun, dia la cinta pertama aku. walaupun aku dah move on with my life sekarang, tapi aku masih ingat tarikh tamatnya cerita aku dan dia pada 8.8.2011. walau macam mana keadaan pun kami berpisah, aku akan tetap ingat cinta pertama aku sebab cinta pertama bagi perempuan adalah paling dalam dan tulus. dia tetap pernah jadi yang terindah dan bagi banyak kenangan suka dan duka pada aku...

3. Raya ~ raya tahun ni aku rasa tak happening sangat. muram je rasa. sebab setiap tahun ada tengok atok aku. tapi tahun ni, dia dah tak ada. rasa sedih. tapi apakan daya, Tuhan lebih sayang dia. 

#seingat aku, ni je la #WorstMemory aku untuk tahun 2011 ni. selebihnya #BestMemory je banyak. ok, mula dengan #BestMemory.

#BestMemoryOf2011

1. UMS ~ ni paling best . bermula sem baru yang ke-5 ni. walau sesedih manapun, aku tempuhi juga. gila la geng-geng aku. nasib baik ada korang sehingga buat aku sekuat ni sekarang . terima kasih la pada korang sebab buat aku happy, ketawa, heng macam nak gila and pecah perut dengan korang. tak terasa pun aku putus cinta bila bersama dengan korang. syok betul sem ni. 

2. Tukar penampilan ~ haaaa.. ni la paling syok aku buat pada sem 5 ni untuk tahun 2011. aku buat perubahan yang aku sendiri tak terfikir nak buat sebelum ni. hihi. bermula dengan cara pemakaian dress-dress pas tu berubah pula ke rambut yang berwarna perang . meletop !~~ jadi budak jahat la aku sem ni. saja je nak buat perubahan macam tu. nak ubah penampilan yang lama supaya aku lebih bersemangat dan harap dapat lupakan kenangan yang menyedihkan.

3. Berkenalan dengan Steward Air Asia ~ ni paling aku tak sangka. macam dia ni tahu-tahu je aku ada masalah hati dan jiwa. maybe di dahi aku ada tertulis "single vs complicated" kot. mula kenal dia time first flight ke KK untuk sem ni. fuhh. punya macam prince charming dia melutut tepi aku sambil tanya aku dari mana dan tanya lagi macam-macam. pas tu dia bagi email dia suruh aku add FB dia. aku siap blur lagi tengok dia dengan tiba-tiba melutut di tepi aku. nasib baik aku tak terpikat dengan kau. aku just suka berkawan je. tapi lama kelamaan, tak juga aku layan dia ni. sebab aku malas and busy kot. stress dengan macam-macam benda. tapi ada juga contact. tak la sekerap dulu. sekarang hanya tegur-tegur di FB. tapi aku yang kebanyakkan malas nk layan . heee. jahat betul aku. lepas ni nak try berkenalan dengan Steward MAS pula lah. haha

4. ThingsThatMakeMeSmile im feeling sexy and free ~ ni pula, haaaa. pengakhiran tahun 2011 ni aku jadi seorang yang single ! huhu. thank god. aku single. bebas dari segalanya, tak perlu rasa sakit hati, cemburu buta gila vavi, and so on. lega sikit sebab tak perlu stress dengan hal-hal cinta lagi. yang selebihnya dapat enjoy sakan with my frenz. pergggg best ! aku nak kekalkan la status single ni sampai aku habis U dan sampai status kewangan aku sendiri stabil tanpa bantuan my mom ^_^ . 

#Ada lagi sebenarnya. tapi kalau nak letak semua dalam ni, sampai esok pun tak habis aku cerita. aku rasa ni je la #WorstMemory and #BestMemory yang aku paling tak boleh lupa sepanjang tahun ni. 

selamat tinggal tahun 2011, harap-harap kedatangan tahun 2012 akan lebih bermakna dan membawa seribu kegembiraan buat diriku. InsyaAllah. dan dah tiba masa aku buka lembaran baru dalam kehidupan aku untuk tahun 2012 akan datang ni. jadikan semua kenangan 2011 sebagai kenangan paling indah dan pengajaran paling bermakna buat diriku. SELAMAT TINGGAL 2011, WELCOME 2012 ! oo yeahhh ~~


Thursday, December 29, 2011


lagu dan music video paling aku suka sepanjang tahun 2011 ni. ADAM LEVINE u look so sexy and hotwwwzzzzz ~~ grrrrrr ! move, move ~~!!

Sunday, December 25, 2011

Learn how to be happy alone, YOU are responsible for your own happiness


Tiba-tiba terfikir benda ni time aku tengah study. haha. damn pelik! salah satu azam aku tahun baru 2012, aku nak jadi single mingle la dulu selama beberapa tahun. sehingga aku jumpa orang yang betul-betul sayang aku dan terima aku seadanya. terasa malas pula in relationship dengan sesiapa. sebab aku rasa malas nak jaga hati orang, rasa cemburu, rasa sakit hati dan last-last nanti kecewa dan terluka di tengah jalan. huh. tak kuasa aku nak menangis kerana putus cinta buat kesekian kalinya. aku nak rehatkan hati dan otak aku dari rasa kecewa dan terluka lagi. aku nak bebas berkawan dengan sesiapa sekarang. tanpa ada halangan ataupun di control oleh sesiapa. dan yang paling aku takut nak lukakan hati orang yang aku tak sayang kalau aku bercouple. sebab aku ni jenis susah nak sayang orang dengan terlalu cepat. aku ambil masa yang lama untuk sayang dan percayakan seseorang tu. kalau suka tu lain la. tapi kalau suka tu, aku suka sekejap je dengan mana-mana orang. pas tu, bila aku dah boring, mula la aku hilangkan diri dari diorang. hihi. sorry la. bukan niat nak main-main, tapi aku dah terus-terang dengan korang, aku lebih suka berkawan je sekarang (sesiapa yang terlibat). hmm. tak ke rasa seronok bila single ? haaaa ~~ aku rasa seronok sangat bila single. sebab aku dapt buat benda yang aku suka n tak perlu minta izin n bagi tahu sesiapa kecuali dengan my mum. tu la yang bestnya. dan yang penting tak perlu rasa sakit hati. best gler single. walaupun memang la tak dinafikan rasa sunyi tu ada. especially bila halwa telinga ni dengar word sayang, baby, dear, and so on la. rasa macam syahdu pula di telinga macam aku tengok cerita "Nora Elena". huhu. punya best di panggil macam tu oleh orang yang kita sayang. tapi apakan daya.... "AKU TAK ADA ORANG SAYANG". hahaha. but semua ni ada kebaikannya. bak kata sir sempoi aku "cinta di U ni tak pergi mana pun, buat sakit hati je". haha. sempoi la sir aku sorang ni. siap cakap pasal cinta lagi. tapi betul la cakap sir. tapi tu semua lesson i life . I LOVE LESSON IN LIFE. get enjoy dulu dengan kawan-kawan. tambahan lagi tinggal 1 sem lagi aku kat UMS, KK ni. so, hargai masa yang ada. haha. I WILL MISS KK SO MUCH...

Monday, December 19, 2011

Slumber Kodok


Ok. benda ni aku tak pernah terfikir pun akan buat dan terbuat 1 day. tapi hari ni aku buat benda ni. haha. slumber kodok siot. punya giler aku hari ni. dah macam cerita dalam novel pula. ok, macam ni. lepas kelas tadi aku terjumpa si dia di bas stop. dia bagi tahu dia nak g 1B nak beli present untuk GF dia. aku pun bagi la pendapat suruh dia beli hadiah apa kat GF dia. biasala kan lelaki tak tahu nak beli apa untuk perempuan. so, dengan slumber nya aku boleh-boleh teman dia g cari sekali present untuk GF dia. sehabis boleh aku cuba cari present yang terbaik untuk GF dia ni. cari punya cari, dapat la satu dress cantik and comel untuk GF dia. c dia ni sebenarnya MR.A (sesiapa yang tahu tu, paham la ye.. ^_^). slumber nya aku g cari hadiah untuk GF dia. haha. siap bagi macam-macam pendapat lagi. kalau la perempuan lain di tempat aku, yakin sangat aku katakan perempuan tu tak sanggup buat kerja macam tu. tapi aku, tak. aku memang seorang yang kuat dan tabah. biarpun si MR.A ni orang yang pernah jadi yang istimewa di hati aku. sempoi siot aku teman dia. bukan la niat aku nak minta simpati or apa-apa je la. memang tak. aku buat benda tu kerana ikhlas. kesian juga kan tengok kawan kita tak tau nak beli apa untuk orang yang istimewa. so, aku g teman je la. dapatla hadiah yang aku rasa terbaik untuk GF dia. fuhhhh.. tipu la kalau aku cakap aku tak rasa sakit. tapi bagi aku, cinta adalah bermaksud:

cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata 'AKU TURUT BAHAGIA UNTUKMU'

 dan itula maksud cinta bagi aku. aku gembira dengan apa yang aku buat hari ni. tiada penyesalan. aku percaya, walau sesakit mana dan terlukanya kita, ada yang lebih sakit dan terluka di luar sana. tanpa pengalaman ini, ia tak kan mendewasakan kita dan buat kita berfikir dengan positif. semua benda terjadi ada hikmah di sebaliknya. dan aku juga percaya suatu hari nanti akan ada juga yang mencintai aku sepenuh hati dia. so, enjoy yourself. selagi aku mampu untuk bahagiakan kawan-kawan di sisi aku, aku akan berusaha sebaik mungkin. sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita masing-masing. untungnya siapa dapat aku jadi GF ni. hahaha. perasan nak mampus! haha ^_^ . so, selagi boleh tersenyum dan gembira, teruskan. biar apapun orang nak kata, just be yourself ^_^ . macam best pula tulis blog ni sambil dengar lagu Christina Perry - A Thousand Years. ^_^

p/s: kepada sesiapa yang terbaca ni. harap maaf. bukan niat nak mengaibkan sesiapa. hanya sekadar luahan semata-mata. sebab di sini la tempat terbaik untuk aku luah perasaan :)

Lagu tangkap leleh

Hingga ke saat ini
Berbagai persoalan
Tak henti melanda
Buntu... ku memikirkannya
Kau memilih diri ku
Di atas dasar apa
Apakah kerna cinta
Atau... pelepas sepi cuma
Seumpama... dedaunan...
Yang telah gugur bertaburan
Membiarkan... ranting dimamah usang
Apakah semua itu
Akan terjadi pada ku
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang diramalkan
Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan... bersama
Dan satu darinya... engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan... akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain... dihati mu... bertakhta
Hingga ke saat ini... ku masih terkenangkan
Saat-saat yang indah... nyata kesudahan aku parah

# pergghhhh .. lagu ni. lirik dia punya la. haha. nasib baik aku tak menangis dengar lagu ni. cuma menghayati lirik saja. memang tangkap leleh la lagu cinta zaman diorg Umbrella ni ^_^

Tuesday, December 13, 2011

Diriku - Photo


tahun pertama di UMS


tahun ke dua UMS pulak


tahun ketiga di UMS . na start sdh jd jahat. haha. dgn rmbut gorgeous nya. 


tahun ketiga juga. mula sdh pndai dress up. almklumla dh nk start kerja kan . pdhal sengaja buat perubahan 100% . haha. nak bagi rasa diri 2 confident tahap extra. kan student SPE a.k.a student paling extra.

???
perubahan aku ni aku tgk tak la culturer shock sangat. tapi hanya untuk tambah confident dalam diri (konon). pdahal dh mcm budak jahat je aku tgk skrg. dgn rambut kuning nya. haha. tp apa pun, aku tetap aku. ini la aku. sedangkan hati blh berubah. inikan pula manusia kan. leklu~~